BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PANDA

cute panda Pictures, Images and Photos

Spending time forever!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 3, 2010

Mutiara Kata Cinta..^^

~Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri~

~senyuman menambat cinta, kasih & sayang~

~seindah hiasan dunia adalah wanita solehah~

~cinta & sayang x dpt dipisahkan dlm diri insani~

~kejar cita-cita sebelum kejar cinta~

~jika kita memiliki sesuatu perkara, kita tak hargainya.. tetapi kalau kita kehilangan perkara itu, pasti kita akan cuba untuk memilikinya semula..‌~

~tak kiralah sejahat mana pun seseorang itu, pasti wujud perasaan sayang dalam hati mereka walaupun sedikit..‌~

~perkara yang senang kita peroleh, senang lah ia pergi tetapi perkara yang sukar nak kita miliki, susah lah ia nak lenyap dari hidup kita..~

~Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya~

~Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat~

~Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit~

‎~Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus~

~cinta itu buta,tidak memilih. hanya yang benar2 menghargai cinta akan membawa cinta itu ke Syurga ALLAH~

~tak salah kalau kita nak berkorban demi apa atau siapa pun, tetapi jangan kita yang terkorban di akhirnya~

~kadang kala orang yang kita pernah sayang dah tidak perlukan kita lagi, tetapi kita yang masih memerlukan mereka~

~Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya~

~Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini~

~kita mesti terfikir kenapalah kita selalu berjauhan dengan orang yang kita sayang, rupa-rupanya Tuhan nak bagi kita merasai 1 perasaan yang orang lain tak tentu dapat rasa, iaitu, KERINDUAN..~

0 comments: