Sunday, November 28, 2010
yu hee the witch, my first favourite korean stories
Posted by Nasrul Hidayat at 9:04 PM 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
Terima Kasih Atas Derita Yang Kau Tanamkan
kisah ini berlaku 4 tahun yang lepas dan aku menulis bukan untuk membuka pekung di dada. tapi biarlah menjadi pengajaran kepada semua pembaca...
emm... aku pun tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita ini. biarlah aku kenalkan diriku sebagai Y sahaja. aku merupakan siswazah daripada sebuah universiti tempatan di Sabah. aku mengenali teman lelaki ku A, yang kini menjadi bekas teman lelakiku, sewaktu aku berada di tahun pertama pengajian. perkenalan kami terjadi sewaktu sepupu A ingin menjadikan aku teman wanitanya tetapi aku lebih tertarik untuk menjalinkan hubungan dengan A. rupanya dalam diam A juga mempunyai perasaan yang sama terhadap aku. dan akhirnya kmi menjadi pasangan kekasih.
semuanya berjalan seperti biasa pada awalnya. susah senang kami lalui bersama. aku juga telah mengenali seluruh keluarga besar A. dan alhamdulillah mereka cukup melayan aku dengan baik. begitu juga dengan keluarga ku. mereka juga tidak menghalang hubungan aku dengan A. tetapi lain pula dengan kawan-kawan ku yang kurang bersetuju. tapi semua itu aku tak ambil peduli. yang penting kedua-dua belah pihak telah bersetuju. dan aku juga cukup menyayangi A kerana dia terlalu baik jika hendak d bandingkan dengan bekas teman lelaki ku yang dahulu. tapi semua itu hanya seketika...
semuanya berubah bila hubungan kami menginjak tahun kedua. apabila A telah memulakan businessnya sendiri. aku mula di datangi oleh panggilan-panggilan yang aku sendiri tidak tahu siapa pemilik suara itu. pada mulanya aku malas mahu melayan tapi bila dah sampai tahap maki hamun aku dalam telefon, itu aku memang tak dapat terima. aku telah bertanya kepada A tentang panggilan tersebut tetapi dia menafikan sekeras-kerasnya malah dia menuduh aku yang bermain kayu tiga di belakangnya. betapa aku sedih dengan tuduhan tidak berasas itu. dan akhirnya untuk memulihkan hubungan kami, aku terpaksa mengalah dan yang paling mengejutkan aku di paksa untuk membuktikan kesucian serta kasih sayang ku pada dia. ya tuhan...
akhirnya aku akur. segala-galanya telah dia dapat dari ku. tuhan saja yang tahu bagaimana keadaan aku ketika itu. insan yang selama ini ku sangka boleh menjaga aku rupa-rupanya tidak ada beza dengan lelaki lain d luar sana. dalam masa yang sama, hubungan kami berjalan seperti biasa. tiada lagi gaduh-gaduh dan bermasam muka. dia juga ada menyatakan hasratnya untuk melamar aku. dalam aku berangan dan menyulam impian untuk hidup bersamanya, aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari perempuan yang sama. dia memujuk aku untuk berjumpa dan aku bersetuju. kami telah menetapkan masa yang sesuai untuk bertemu tanpa pengetahuan A. dan hari yang di janjikan telah tiba. aku masih ingat sebelum aku bertemu dengan dia, aku sudah merasakan ada sesuatu yang tidak baik telah terjadi.
ya, apa yang telah aku rasakan memang betul-betul berlaku. perempuan itu merayu pada aku supaya aku putuskan dengan A kerana mereka telah terlanjur. dia merayu-rayu memohon agar aku mngundurkan diri dengan alasan yang dia masih muda dan masih bersekolah. yang paling mengejutkan perempuan tu masih lagi di tingkatan 5 sekolah agama. ya rasul, apa yang patut aku buat? aku buntu memikirkan semua ini. kalau aku tak mengalah, perempuan itu telah mengugut untuk membunuh diri. tapi bagaimana dengan aku? patut kah aku berkorban untuk orang lain sedangkan diriku sendiri terpaksa menanggung derita memutuskan hubungan dengan insan yg aku sayang?
belum habis masalah itu, aku di kejutkan lagi dengan berita kehamilan ku. dalam debar ternyata aku gembira. kerana aku yakin baby ini akan mengikat aku dengan A. aku sudah tidak peduli lagi tentang perempuan itu. yang paling penting sekarang janin yang ada dalam kandungan ku harus membesar dengan sihat. lalu ku khabarkan berita gembira ini kepada A dengan harapan dia juga turut merasakan yang sama seperti aku. tapi ternyata aku salah. A meminta aku untuk menggugurkan kandungan aku dengan alasan yang dia belum bersedia. aku tidak dapat menerima permintaan A dan terus merayu agar dia mngahwini aku secara sah. kering sudah air mata,habis sudah kata-kata pujuk rayu ku pada A.
kini hanya satu sahaja jalan yang ada. aku yakin dengan menceritakan tentang bayi ini kepada keluarga A, mereka akan memujuk A untuk menikahi aku. dengan perasaan takut dan gementar, aku gagahi jua untuk bersemuka dengan mereka. berharap agar mereka boleh mencari jalan keluar untuk memujuk A. tetapi setelah aku meluahkan semuanya kepada keluarga A, lain pulak yang jadi. aku sungguh tidak menyangka yang mereka juga tidak bersetuju jika A mengahwini aku dalam masa terdekat ini. alasan mereka memang tidak boleh d terima akal. hanya kerana A baru memulakan perniagaannya dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengahwini aku sedangkan mereka adalah golongan orang yang berada. dan yang paling menyedihkan aku, ibu A sendiri meminta aku menggugurkan kandungan ku. ya Allah, ibu jenis apakah dia? tidakkah dia tahu perasaanku sebagai wanita yang sama seperti dia?
mendengarkan cadangan ibu A itu telah menyedarkan aku bahawa kini aku memang telah salah dari mulanya kerana terlalu percaya yang mereka juga menyayangi aku sepertimana aku menyayangi mereka. akhirnya dengan tekad dan berbekalkan duit yang di berikan oleh ibu A untuk menanggung kos tersebut, aku bersumpah tidak akan memaafkan apa yang telah meraka sekeluarga lakukan tehadapku. Alhamdulillah, sekarang aku masih mampu meneruskan hidupku seperti biasa walaupun kadang kala peristiwa ini menganggu ku. aku bersyukur kerana masih punya kesempatan untuk berubah dan aku lebih senang dengan kehidupan ku sekarang. tidak ada lagi insan yang bernama lelaki dapat menapak dalam hatiku meskipun terlalu ramai yang ingin mendampingiku. biarlah, aku lebih rela begini. aku harap suatu hari nanti aku akan bertemu dengan insan yang betul-betul tahu menghargai aku.
sebelum aku mengakhiri cerita ini, aku telah mendapat khabar dari teman lama ku yang juga merangkap teman baik A. dia telah menceritakan tentang budak perempuan yang dulu pernah merayu aku juga mendapat nasib yang sama sperti aku. dan yang paling mengejutkan, dia juga memberitahu yang A kini tidak sihat seperti dulu. dia mempunyai masalah dengan hatinya dan kini masih menunggu penderma hati yang sesuai. mungkin inilah balasan yang telah dia lakukan terhadap aku. mungkin juga bukan hanya aku. yang pasti, Allah lebih mengetahui...
ketahuilah A, aku kini lebih bahagia. terima kasih atas penderitaan yang telah kau tanamkan dalam hidupku. aku doakan supaya kau selamat dan teruslah berjuang untuk hidupmu.
Sumber: gua.com.my
Posted by Nasrul Hidayat at 9:48 PM 0 comments
Monday, November 22, 2010
calling....tut tut...
Posted by Nasrul Hidayat at 8:05 AM 0 comments
hadiah hari jadi!
salam semua...my lovely yubin birthday is coming up...its either my little teddy hayley...or a book..
Posted by Nasrul Hidayat at 2:21 AM 0 comments
Saturday, November 20, 2010
jangan lupa....
1.tangkap gambar ngan joshua
11.jaga kesihatan diri
Posted by Nasrul Hidayat at 9:11 AM 0 comments
Sayang sayang sayang ♥ ♥ ♥ :p
Posted by Nasrul Hidayat at 8:24 AM 0 comments
love in picture! hihi... i...love...you! you hear me or not?? hehe
Posted by Nasrul Hidayat at 5:03 AM 0 comments
Friday, November 19, 2010
every second,every minute,every hour,every day...i will always love you with all my heart ;-) yubin!
Posted by Nasrul Hidayat at 11:41 PM 0 comments
my biodata... :D
Posted by Nasrul Hidayat at 6:21 PM 0 comments
10 perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Bercinta
Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat. Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya. Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan. 1. Sayangi dengan hati bukan perasaan Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati. Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya. 2. Terima seadanya Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya. Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu. Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu. 3. Hargai pengorbanannya Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya. Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari. 4. Hormati pendiriannya Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya. Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin. Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana. 5. Yakin pada keistimewaannya Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda. Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira. 6. Jangan berprasangka Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin. Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya. Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu. 7. Sayanginya setiap hari Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya. Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain. 8. Capai persefahaman Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi. Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya. 9. Jangan cepat berbangga Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda. Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana. 10. Sentiasa bersyukur Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki. Sumber: Gua.com.my
Posted by Nasrul Hidayat at 6:24 AM 0 comments
10 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Bercinta
Posted by Nasrul Hidayat at 6:11 AM 0 comments
hey you! not you! behind you! the one with the tudung! yeah you! I LOVE YOU!
Posted by Nasrul Hidayat at 5:15 AM 0 comments
Thursday, November 18, 2010
asyik yubin je..kita pulak! hehe love yubin!
alright tu je kisah hidup kita setakat ni...last ucapan...Takut Allah bukan takut hantu! assalamualaikum...
p/s-saya sayang awak,izzati!
Posted by Nasrul Hidayat at 9:23 AM 0 comments
you are the only exception,yubin!
Posted by Nasrul Hidayat at 8:17 AM 0 comments
our baby joshua! love you forever! yubin too!!
Posted by Nasrul Hidayat at 2:19 AM 0 comments